global

Gesa Instagram tutup akaun gay

Oleh Reuters

Jakarta: Kementerian komunikasi Indonesia mendesak Instagram untuk menutup akaun memaparkan komik lucah yang diperjuangkan oleh lelaki gay Islam selepas pihak berkuasa negara itu melabelnya sebagai pornografi.

Kementerian menerusi satu kenyataan berkata, kerajaan meminta Instagram menyingkirkan akaun @Alpantuni kerana melanggar peraturan.

Tindakan yang diambil itu bagi memerangi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia.

Menteri Komunikasi, Rudiantara berkata, Instagram akan disekat di Indonesia jika akaun itu tidak singkirkan.

“Bahan yang mempromosikan LGBT bertentangan dengan peraturan kesihatan, peraturan agama dan norma budaya. Ia tidak sesuai dengan Indonesia,” katanya kepada CNN Indonesia.

Tinjauan yang dibuat Reuters mendapati, komik lucah itu menggambarkan seorang lelaki gay muda dari keluarga beragama Indonesia bergelut dengan identitinya.

Akaun yang mempunyai lebih daripada 6,000 pengikut itu turut memaparkan imej dua lelaki di atas katil dan watak protagonis utama dibuli kerana seksualitinya.

Disiarkan pada: February 13, 2019 @ 8:53pm
d