global

Putera mahkota Saudi bakal ke 3 negara

Oleh AFP

JAKARTA: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dijangka akan memulakan lawatannya dua hari ke Jakarta, Indonesia sebagai sebahagian jelajah ke Asia termasuk Malaysia, India dan Pakistan.

AFP melaporkan, lawatan dua hari bermula Isnin depan itu adalah lawatan keduanya ke negara kepulauan berkenaan.

“Beliau akan tiba di Indonesia pada 18 Februari ini dan bertemu dengan presiden pada 19 Februari,” kata jurucakap presiden, Johan Budi.

Putera Mahkota itu dijadualkan tiba di Indonesia selepas melawat Pakistan dan Malaysia sebelum berlepas ke India.

Kali terakhir Salman melawat Indonesia adalah ketika bersama bapanya, Raja Salman pada 2017 sebagai sebahagian jelajah Asia untuk mengintai peluang pelaburan.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 5:13pm
d