global

Lelaki ditahan sokong militan

Oleh AFP

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang menyediakan sokongan kewangan kepada militan Daish dari Malaysia, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam, ahli perniagaan, Mohamed Kazali Salleh, 48, disyaki menjadi ‘rakan rapat’ kepada Mohamad Aquil Wan Zainal Abidin, dipercayai militan senior dari Malaysia yang menyertai Daish di Syria.

Mohamed Kazali yang tinggal di Johor, membiayai perjalanan Mohamad Aquil ke Syria pada hujung 2013 dan berterusan memberinya bantuan kewangan selepas itu.

Sebagai balasan, Mohamad Aquil memaklumkan maklumat terkini keadaannya serta perkembangan di medan perang.

Menurut kenyataan itu, Mohamed Kazali semakin radikal sehingga mengakui setia kepada pemimpin Daish, Abu Bakr al-Baghdadi.

Dia berkongsi aktiviti Mohamad Aquil di Syria melalui media sosial bagi menarik lebih ramai bersedia ke Syria dan bersedia membiayainya.

Disember lalu, dia menerima arahan daripada Mohamad Aquil supaya melakukan serangan di Johor namun tidak melakukannya kerana bimbang ditahan.

Disiarkan pada: February 15, 2019 @ 9:35pm
d