global

200 penduduk di empangan Brazil berpindah

Oleh Reuters

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 200 penduduk dipindahkan dari kawasan perumahan berhampiran empangan di Brazil yang dikendalikan oleh syarikat Vale SA, semalam.

Dipercayai perpindahan itu dibuat disebabkan struktur empangan yang lemah dan berkemungkinan pecah seperti mana berlaku pada bulan lalu sehingga menyebabkan kira-kira 300 orang maut.

Menurut Vale dalam satu kenyataan, syarikat itu sudah memindahkan penduduk yang tinggal berhampiran empangan B3/B4 yang tidak aktif di lombong Mar Azul kira-kira 25 kilometer di selatan Belo Horizonte, selepas menyemak semula data keselamatan struktur empangan itu.

Penduduk berkenaan dibawa ke pusat komuniti dan akan ditempatkan di hotel, kata syarikat itu.

Bulan lalu, empangan Vale runtuh di kawasan berasingan yang mengalirkan lumpur ke kawasan perumahan dan ladang berdekatan, menyebabkan kira-kira 300 penduduk maut akibat bencana dahsyat itu.

Disiarkan pada: February 17, 2019 @ 10:11pm
d