global

56 maut pangsapuri terbakar

Oleh AFP/Reuters

DHAKA: Sekurang-kurangnya 56 orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di sini, semalam, yang turut digunakan sebagai gudang menyimpan bahan kimia.

“Setakat ini, kami sudah menemui 56 mayat mangsa. Jumlah kematian dijangka meningkat,” kata ketua perkhidmatan bomba Bangladesh, Ali Ahmed kepada AFP.

Ali berkata, kebakaran itu mungkin berpunca daripada sebuah tong gas, mengakibatkan api merebak dengan cepat di seluruh bangunan yang menyimpan bahan kimia mudah terbakar.

Terdahulu, pegawai di bilik kawalan perkhidmatan bomba, Mahfuzul Haque, berkata semua anggota bomba dan bomba dikerah ke lokasi kejadian Chawk bazar, iaitu bahagian lama Dhaka, bagi memadamkan kebakaran.

Sebelum itu, laman web akhbar The Dhaka Tribune melaporkan, sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam insiden itu dan beberapa lagi mangsa sudah dibawa ke hospital.

Disiarkan pada: February 21, 2019 @ 10:27am
d