global

Gempa 5.5 magnitud gegar Hokkaido

Oleh AFP

TOKYO: Perkhidmatan kereta api laju di Hokkaido, Jepun terpaksa digantung sementara selepas utara kepulauan itu digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 magnitud, hari ini.

AFP melaporkan, gegaran yang berlaku kira-kira jam 9.22 malam waktu tempatan itu bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami selain tidak ada sebarang kecederaan mahupun kemusnahan dilaporkan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), gegaran itu dikesan berlaku sekitar 55 kilometer (km) di bahagian tenggara bandar Sapporo.

“Kerajaan berusaha melakukan yang terbaik untuk mengawal situasi tetapi setakat ini tiada kemusnahan dilaporkan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

September tahun lalu, gempa berukuran 6.6 magnitud menggegarkan Hokkaido menyebabkan tanah runtuh dan kemusnahan kediaman penduduk serta mengorbankan lebih 40 nyawa.

Disiarkan pada: February 21, 2019 @ 10:56pm
d