global

Parti sampai anak mati kebulur [VIDEO]

Oleh Agensi

MOSCOW: Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa meninggalkan anaknya di rumah selama seminggu hingga mati kebuluran selepas keluar berparti, dalam kejadian di bandar Kirov, Russia.

Daily Mail melaporkan, Maria Plenkina, 21, dikatakan meninggalkan anaknya pada 13 Februari lalu dan keluar bersama rakan-rakannya hingga mangsa yang berusia tiga tahun itu terabai.

Mangsa ditemui oleh neneknya, Irina Plenkina, 47, yang secara kebetulan datang ke rumah mereka untuk memberikan hadiah sempena hari jadi cucunya itu.

Bagaimanapun, cubaan Irina untuk menyelamatkan cucunya sudah terlambat apabila mangsa disahkan mati di rumahnya sebaik ambulans dan polis tiba di rumah tempat kejadian.

Menurut Irina, dia sering berhubung dengan anaknya di media sosial dan sering mengatakan mereka dua beranak dalam keadaan baik.

Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, apa yang berlaku adalah di sebaliknya

apabila kanak-kanak itu ditinggalkan dan dikunci dari luar serta tidak diberi makan minum.

Suspek akan ditahan selama dua bulan untuk membolehkan siasatan dilakukan atas dakwaan melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak dengan kekejaman melampau.

https://www.dailymail.co.uk/news/article-6737233/Evil-Russian-mother-21-...

Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 11:25am
d