global

[UPDATE] Jumlah kematian keracunan arak meningkat 133

[UPDATE] Jumlah kematian keracunan arak meningkat 133

AFP

GUWAHATI: Sekurang-kurangnya 35 lagi orang maut di timur laut India selepas meminum arak beracun, menjadikan angka kematian meningkat lebih 130 orang.

Kematian di Assam itu berlaku kurang dua minggu selepas 100 orang maut di Uttar Pradesh dan Uttarakhand akibat keracunan arak.

Selain angka kematian terbaru itu, sekurang-kurangnya 200 lagi masih berada di hospital di seluruh Assam.

“Jumlah kematian mencecah 133 orang di Golaghat dan Jorhat.

“Seramai 10 orang ditahan. Kami sudah menghantar contoh arak kepada makmal forensik dan masih menunggu laporan,” kata pengarah polis negeri, Mukesh Agarwala keada AFP, hari ini.

Polis berkata, mangsa mula jatuh sakit selepas meminum arak yang dihasilkan secara haram lewat Khamis lalu.

Mangsa yang kebanyakannya wanita, bekerja di kilang tempatan di kawasan itu. - AFP

Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 6:49pm
d