global

Israel tahan pegawai tertinggi Islam Palestin

Oleh AFP

Baitulmuqaddis: Polis Israel menahan seorang pegawai tertinggi Islam Palestin di Baitulmuqaddis hari ini selepas rusuhan berlaku di lokasi suci di bandar raya itu sejak beberapa hari lalu.

Penangkapan itu mengundang kecaman dari Jordan sebagai penjaga perkarangan masjid Al-Aqsa.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, berkata, Sheikh Abdel Azeem Salhab ditahan kerana melanggar arahan dari memasuki kawasan larangan di kawasan suci itu.

Salhab adalah ketua majlis Waqf di Baitulmuqaddis, pihak berkuasa agama yang mentadbir kawasan berkenaan.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA melaporkan timbalan Salhab, Najih Bakira turut ditangkap, tetapi polis belum mengesahkan berita penangkapan itu.

Penangkapan itu berikutan penahanan 60 orang pada malam Khamis hingga kelmarin apabila polis bertindak balas kepada desakan mengadakan kekacauan di kawasan suci itu sewaktu solat Jumaat. - AFP

Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 8:30pm
d