global

Rami, Olivia ungguli kategori pelakon terbaik

Oleh Reuters

LOS ANGELES: Watak vokalis Queen, Freddie Mercury dalam filem Bohemian Rhapsody yang dijayakan oleh Rami Malek, membolehkan pelakon itu membawa pulang trofi Anugerah Akademi pertamanya bagi kategori Pelakon Terbaik, hari ini.

Kemenangan pelakon berusia 37 tahun itu menepati ramalan berikutan pencapaian cemerlangnya dalam Anugerah Golden Globe, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah BAFTA British, baru-baru ini.

Ia adalah watak terbesar filem yang dibawa sepanjang 15 tahun dalam karier lakonannya sekali gus menewaskan nama besar lain seperti Christian Bale, Bradley Cooper, Willem Dafoe dan Viggo Mortensen yang turut tercalon dalam kategori berkenaan.

Manakala pelakon British, Olivia Colman pula merangkul trofi bagi kategori pelakon wanita terbaik menerusi lakonannya dalam filem komedi sejarah, The Favourite.

Ia adalah pencalonan dan kemenangan pertama Olivia, 45, yang membawakan watak Ratu Anne dalam filem sejarah abad ke-18 itu.

Dia juga akan membawakan watak Ratu Elizabeth dalam drama siri The Crown musim ketiga menerusi Netflix.

Disiarkan pada: February 25, 2019 @ 12:34pm
d