global

Tak sangka Green Book menang

Oleh Agensi

LOS ANGELES: Pengumuman Green Book Filem Terbaik Anugerah Academy ke-91, hari ini mengejutkan ramai berikutan karya arahan Peter Farrelly itu mencetuskan kontroversi panas isu perkauman.

Green Book yang mendapat lima pencalonan turut menang kategori Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik dan Layar Asal Terbaik.

Mengetengahkan persahabatan antara dua lelaki berlainan bangsa, Green Book dikritik hebat kerana konflik perkauman selain turut digelarkan sebagai filem stereotaip.

Selain itu, Alfonso Cuaron membawa pulang trofi Oscar ketiga apabila diangkat Pengarah Terbaik bagi filem ciptaan Roma selepas separa autobiografi terbabit dinobatkan Sinematografi Terbaik dan Filem Bahasa Asing Terbaik.

Sementara itu, Glenn Close yang tujuh kali dicalonkan dalam Anugerah Academy sekali lagi gagal memenangi trofi Oscar selepas Olivia Colman diumumkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik.

Disiarkan pada: February 25, 2019 @ 1:37pm
d