global

Menteri Luar Iran letak jawatan

Oleh AFP

TEHERAN: Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif yang pernah mengetuai rundingan nuklear pada 2015, mengumumkan peletakan jawatan menerusi akaun Instagram, hari ini.

Peletakan jawatannya itu disahkan oleh sumber namun ia hanya akan berkuat kuasa selepas Presiden Hassan Rouhani menerima keputusan itu.

“Saya mohon maaf atas ketidak upayaan untuk meneruskan khidmat dan segala kelemahan dilakukan sepanjang bertugas,” tulis Mohammad Javad.

Dia turut berterima kasih kepada rakyat Iran dan ‘pegawai yang dihormati’ atas sokongan diberikan sepanjang 67 bulan terakhir berkhidmat.

Mohammad Javad berkhidmat sebagai Menteri Luar sejak Ogos 2013 namun berdepan dengan kritikan keras daripada penyokong kuatnya sejak Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian nuklear pada Mei 2018.

Disiarkan pada: February 26, 2019 @ 10:41am
d