global

Lelaki mahu jadi Barbie

Oleh Agensi

DEMI memiliki wajah persis patung Barbie, seorang pelajar lelaki yang mengaku dirinya tidak mempunyai jantina membelanja hampir 13,000 pound (RM70,436) untuk suntikan Botox dan ‘filler.’

Biarpun sudah melakukan banyak suntikan di bibir, rahang, pipi serta bawah mata, Patrick Mast, 24, berkata belum berpuas hati dengan hasil rawatan dan masih mahu melakukan pengubahsuaian lagi.

Pelajar Pengurusan Perniagaan yang berasal dari Frankfurt, Jerman itu mendedahkan sudah membuat 20 suntikan bibir dan kini memasukkan satu mililiter ‘filler’ dalam bibirnya setiap bulan.

Malah, duda itu mengakui ketagih dengan kesakitan yang ditanggung dari rawatan dan tidak serik untuk melakukan lebih banyak pengubahsuaian kerana mahu memiliki wajah tanpa ekspresi seperti anak patung.

“Saya bekerja keras untuk mengumpul wang. Setiap kali mendapat wang pada Krismas dan sambutan ulang tahun, saya akan menggunakan duit itu untuk rawatan,” katanya.

Disiarkan pada: February 27, 2019 @ 9:58pm
d