global

Polis dimahkota ratu cantik Jerman

Oleh Agensi

SELEPAS Adrienne Koleszar yang dianggap ratu cantik polis Jerman selepas popular di media sosial, seorang anggota pasukan itu benar-benar menjadi ratu apabila memenangi pertandingan Ratu Cantik Jerman.

Anggota polis dari Stuggart, Nadine Berneis, 28, dimahkotakan sebagai ratu cantik negara itu, Ahad lalu, menewaskan 9,500 peserta lain.

Bulan lalu, Adrienne menjadi perhatian umum dan dianggap ratu polis, selepas diberi amaran kerana memuat naik gambar memakai bikini di media sosial.

Media Jerman melaporkan Adrienne menjadi bintang di Instagram dengan 645,000 pengikut media sosial.

Portal berita The Local melaporkan, Nadine yang sudah 10 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, mengumumkan hasratnya bercuti selama setahun bagi menikmati gelaran terbarunya sebagai ratu itu.

Menyertai polis pada usia 18 tahun, Nadine pernah bertugas dengan pasukan keselamatan perlawanan bola sepak dan baru-baru ini, dipindahkan ke jabatan jenayah siber.

Disiarkan pada: February 28, 2019 @ 8:12pm
d