global

Gempa bumi 7.1 landa Peru

Oleh Agensi

LIMA: Gempa bumi kuat magnitud 7.1 menggegarkan rantau Andes di selatan Peru, pagi ini namun belum ada laporan kecederaan dan kerosakan.

Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pada kedalaman 257 kilometer landa negara itu pada jam 8.50 pagi waktu Peru.

Gempa itu berlaku kira-kira 27 kilometer di timur laut dari bandar Azangaro yang terletak berhampiran dengan sempadan Bolivia.

Menurut Daily Express, gegaran turut dirasai penduduk di Brazil, Bolivia dan Chile.

Minggu lalu, gempa 7.5 magnitud berpusat di Ecuador menggegarkan rantau Amazon di utara Peru.

Disiarkan pada: March 1, 2019 @ 8:44pm
d