global

Dasar anak durjana

Oleh Agensi

BALTIMORE: Seorang ibu terkoyak kulit kepala akibat terkena telefon yang dibaling anaknya selepas wanita 30 tahun itu mengamuk di rumah mereka di Maryland, Amerika Syarikat, kerana mangsa tidak mahu menghantarnya kelas yoga.

Menurut Daily Mail, kejadian berlaku 18 bulan lalu, namun polis hanya menahan wanita terbabit, Holly Albert, bulan lalu. Tidak dapat dipastikan kenapa wanita itu tidak ditahan lebih awal.

Menurut polis, Holy yang tidak bekerja, meminta ibunya menghantar dia dengan kereta ke kelas yoga namun ibunya enggan.

Wanita itu menjadi berang dan mula memaki hamun ibunya sebelum membaling telefon rumah ke kepala wanita malang itu menyebabkan luka teruk.

Mangsa menghubungi talian kecemasan 911 untuk membuat laporan kes keganasan rumah tangga dan polis yang tiba, mendapati wanita itu berlumuran darah.

Holly dibebaskan dengan bon tidak berjamin dan akan dihadapkan ke mahkamah daerah Montgomery untuk perbicaraan pada 19 Mac depan.

Sementara itu, ibunya memohon hakim membenarkan anaknya itu terus tinggal di rumah mereka sehingga perbicaraan

“Buat masa ini Holly tidak bekerja dan kami menyara kehidupannya.

“Dia memang berniat menyelesaikan masalah ini dan menyerah diri secara sukarela. Saya yakin dia akan hadir setiap perbicaraan ditetapkan,” katanya.

Disiarkan pada: March 3, 2019 @ 6:52pm
d