global

Puting beliung ragut 14 nyawa

Oleh Agensi

ALABAMA: Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun maut selepas puting beliung melanda Daerah Lee, Alabama, semalam, yang merosakkan puluhan rumah.

Syerif Jay Jones berkata, jumlah kematian dijangka meningkat dengan anggota kecemasan dijangka meneruskan pencarian sepanjang malam untuk mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera dari runtuhan bangunan kediaman serta perniagaan, lapor New York Times.

“Cabaran utama adalah puing dan runtuhan rumah yang bertaburan,” katanya kepada CNN.

Daily Mail melaporkan, mangsa yang maut termasuk seorang budak perempuan berusia lapan tahun.

Sementara itu, Gabenor Alabama Kay Ivey memberi amaran kepada penduduk menerusi Twitter bahawa cuaca lebih buruk dijangka melanda.

Ribut mengakibatkan lebih 10,000 orang terputus bekalan elektrik, lapor Birmingham News memetik Alabama Power, bererti ribuan orang berdepan malam yang sejuk hampir di bawah paras beku susulan ribut berkenaan.

Disiarkan pada: March 4, 2019 @ 10:18am
d