global

2 rakyat Palestin ditembak Israel

Oleh AFP

RAMALLAH: Dua rakyat Palestin mati manakala seorang lagi cedera ditembak oleh tentera Israel selepas didakwa melakukan serangan dengan merempuh kereta ke arah tentera dalam kejadian di Tebing Barat, hari ini.

Kedua-dua mangsa yang maut membabitkan pemuda berusia 20 tahun dikenali sebagai Amir Mahmoud Darraj dan Yussef Anqawi, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

AFP yang memetik pihak tentera berkata, tembakan itu dilepaskan terhadap tiga penyerang berkenaan untuk menghalang mereka melakukan serangan.

Katanya, penyerang terbabit merempuh beberapa anggota yang menahan mereka sebaik keluar dari kampung Kafr Nama, barat laut Ramallah.

“Seorang pegawai tentera parah manakala seorang anggota polis tentera sempadan cedera ringan akibat serangan itu,” katanya.

Disiarkan pada: March 4, 2019 @ 5:46pm
d