global

Tersangkut dalam mangkuk tandas 2 jam [VIDEO]

Oleh Agensi

Beijing: Gara-gara terlalu lama melayan permainan video ketika membuang air, seorang kanak-kanak enam tahun di Wuhan, terpaksa menanggung kesakitan akibat tersangkut dalam mangkuk tandas selama dua jam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, anggota bomba terpaksa membuka dan memotong tempat duduk plastik mangkuk tandas untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

Daily Mail usaha ibunya selama sejam untuk mengeluarkan mangsa gagal lalu menghubungi bomba.

Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Yangchahu, Zhou Dao, berkata anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati paha, punggung dan pinggang mangsa sudah tenggelam dalam mangkuk.

Anggota bomba berbual dengan kanak-kanak itu bagi menenangkannya ketika mereka mengeluarkan mangsa tanpa kecederaan serius. - Agensi

Disiarkan pada: March 5, 2019 @ 8:33pm
d