global

Bekas Presiden Korea Selatan dibenar ikat jamin

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dibebaskan atas ikat jamin hari ini, selepas dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan rasuah, Oktober lalu.

AFP yang memetik agensi berita Yonhap melaporkan, Lee yang berusia 77 tahun membuat permohonan itu pada Januari lalu atas faktor usianya yang lanjut selain mempunyai potensi untuk mengalami komplikasi akibat kencing manis dan apnea tidur.

Bekas pemimpin yang berkhidmat dari 2008 hingga 2013 itu, didapati bersalah menerima dana haram AS$10 juta (RM40.9 juta) dan menerima rasuah daripada Samsung Electronics sebagai pertukaran untuk membebaskan pengerusinya, Lee Kun-Hee yang dipenjara atas kesalahan mengelak cukai.

Empat presiden Korea Selatan yang masih hidup, disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Pengganti Lee, Park Geun-hye dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan didenda berjuta dolar atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Dia disingkirkan pada 2017 susulan skandal rasuah yang menyebabkan rakyat melakukan protes jalanan secara besar-besaran. -AFP

Disiarkan pada: March 6, 2019 @ 2:43pm
d