global

Kane tertua di dunia

Oleh AFP

TOKYO: Seorang wanita berusia 116 tahun yang masih gemar membuat matematik dan bermain mainan berpapan diiktiraf orang tertua dunia, kata Rekod Dunia Guinness, semalam.

Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, iaitu tahun sama pasangan beradik Wright melancarkan penerbangan pertama dunia.

Pengiktirafan itu diraikan bersama Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima dan ramai yang lain di rumah penjagaannya.

Kane yang mempunyai lima anak masih bangun pada jam 6 pagi setiap hari selain menghabiskan petangnya belajar matematik dan berlatih seni kaligrafi.

“Antara hobi Kane adalah bermain Othello, malah dia sering mengalahkan kakitangan rumah penjagaannya,” kata Guinness.

Disiarkan pada: March 9, 2019 @ 8:53pm
d