global

Israel serang Gaza

Oleh AFP

Baitulmaqdis: Israel mengesahkan tenteranya melancarkan serangan udara ke atas Gaza hari ini sebagai membalas serangan roket dari kubu kuat pejuang Palestin.

“Kami baru saja melancarkan serangan ke atas kubu kuat pejuang Hamas di Gaza,” kata Angkatan Pertahanan Israel di Twitter.

Difahamkan, serangan itu menjejaskan kedudukan sayap tentera Hamas yang mengawal Gaza, dan sekutunya Jihad Islam, kata sumber keselamatan Gaza kepada AFP.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Israel mendakwa dua roket dilancarkan ke arah daerah Tel Aviv malam semalam.

Kedua-dua Hamas dan Jihad Islam menafikan bertanggungjawab ke atas serangan roket itu.

Disiarkan pada: March 15, 2019 @ 11:37am
d