global

13 orang dibunuh militan di Mozambique

Oleh AFP

MAPUTO: Sekurang-kurangnya 13 orang awam maut dalam serangan militan di wilayah utara Cabo Delgado di Mozambique.

Salah satu serangan terbaru berlaku pada Khamis petang di kampung Ulo di daerah Mocimboa da Praia yang memusnahkan lebih 120 buah rumah, kata sumber tempatan.

“Dua serangan tambahan dilakukan pada awal pagi Jumaat, di perkampungan di Nabajo dan Maculo yang mengorbankan 13 penduduk kampung,” kata penduduk setempat.

Militan melancarkan beberapa serangan maut ke atas kawasan majoriti penduduk Islam di wilayah Cabo Delgado sejak beberapa tahun lalu.

Disiarkan pada: March 16, 2019 @ 7:53pm
d