global

Remaja dituduh edar video tembakan

Oleh AFP

CHRISTCHURCH: Seorang remaja berusia 18 tahun dihadapkan ke mahkamah New Zealand atas dakwaan mengedarkan video rakaman siaran langsung insiden tembakan rambang di Masjid al Noor, Christchurch.

Remaja yang tidak didedahkan nama itu turut didakwa mencetak sekeping gambar masjid dengan mesej ‘sasaran diperolehi’ selain mencetuskan keganasan, lapor AFP.

Hakim Mahkamah Daerah, Stephen O’Driscoll menjelaskan, butiran mengenai dakwaan itu juga tidak didedahkan.

Menurut pendakwa raya, remaja terbabit berdepan dengan hukuman penjara maksimum 14 tahun bagi setiap pertuduhan.

Kes itu didengar selepas lelaki warga Australia, Brenton Tarrant, 28, didakwa melakukan tembakan rambang di Masjid al Noor dan Lindwood pada Jumaat lalu yang mengorbankan 50 nyawa dan mencederakan puluhan mangsa lain.

Disiarkan pada: March 18, 2019 @ 11:08am
d