global

'Saya tak menyesal'

Oleh Agensi

CANBERRA: Senator Australia celupar yang dipecahkan telur di kepala oleh ‘budak telur’ akhirnya bersuara sambil menjelaskan dia langsung tidak menyesal apabila menampar remaja itu sebanyak dua kali dalam insiden pada Sabtu lalu.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya mempertahankan diri, itu yang biasa orang Australia lakukan, mereka pertahankan diri.

“Dia ditampar di muka dan ia sepatutnya sudah lama dilakukan oleh ibunya sendiri kerana berkelakuan buruk,” kata Fraser Anning yang dipetik NZHerald.

Senator bebas Queensland itu turut mentertawakan ancaman daripada Perdana Menteri, Scott Morrison sambil berkata: “Saya harap ia tidak menyakitkan’.

“Apa yang dia ingin buat? Libas saya dengan kain sapu tangan renda? Saya tidak tahulah,” katanya.

Dia yang dikecam hebat kerana mengeluarkan mencetuskan kemarahan selepas menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.

Kejadian itu berlaku ketika satu petisyen mendesak Anning dipecat yang kini mendapat lebih satu juta tandatangan.

Disiarkan pada: March 18, 2019 @ 11:52am
d