global

Ukraine rampas kokain bernilai RM206 juta

Oleh AFP

KIEV: Perkhidmatan keselamatan SBU Ukraine, hari ini merampas sekitar AS$51 juta (RM206 juta) kokain dari sebuah kapal kargo Amerika Selatan yang berlabuh di pelabuhan Laut Hitam di Odessa.

SBU menganggarkan lebih 250 kilogram ubat disembunyikan di dalam ‘bekas berisi pisang’.

“Analisis segera mengenal pasti bungkusan itu sebagai kokain.

“Dadah itu seberat 257 kilogram dan anggaran kosnya di pasaran gelap melebihi AS$51 juta (RM206 juta),” kata SBU dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, dadah itu dirancang untuk dihantar ke negara-negara Eropah.

Perkhidmatan keselamatan itu kini sedang menyiasat kes penyeludupan dadah secara besar-besaran dan bagi mengenal pasti individu yang terbabit dalam kes berkenaan.

Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 9:55pm
d