global

Jung Joon-young ditahan polis

Oleh AFP

SEOUL: Bintang K-pop, Jung Joon-young ditahan polis beberapa jam selepas meminta maaf kerana merakam dan mengedarkan video lucah.

Agensi berita Yonhap melaporkan, Mahkamah Daerah Pusat Seoul semalam mengeluarkan waran tangkapan untuk menahan penyanyi dan penulis lagu itu.

Menurut AFP, minggu lalu, Jung mengakui merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran mangsa.

Video sekurang-kurangnya 10 wanita didapati disebarkan menerusi aplikasi sembang pada 2015 dan antara individu yang menerima rakaman itu adalah anggota BigBang, Seungri.

Terdahulu, Jung memberitahu dia bertaubat dan mengakui melakukan kesalahan besar yang sukar dimaafkan.

Susulan perbicaraan semalam, artis berusia 30 tahun itu digari dan dibawa ke balai polis sementara menunggu tindakan mahkamah yang seterusnya.

Minggu lalu, Jung mengumumkan bersara dari industri hiburan minggu lalu termasuk dua penyanyi lelaki lain, selepas mengaku menonton video lucah terbabit.

Disiarkan pada: March 22, 2019 @ 10:44am
d