global

6 maut dilanggar pemandu

Oleh Reuters

BEIJING: Polis menembak mati seorang lelaki yang memandu kenderaannya merempuh pejalan kaki, menyebabkan enam maut, hari ini.

Reuters melaporkan pemandu sengaja melanggar orang awam di satu lokasi di Zaoyang, Hubei, namun motif sebenar lelaki itu berbuat demikian masih belum diketahui.

Kejadian itu turut menyebabkan tujuh orang cedera dan mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

September lalu, seramai 11 orang terbunuh akibat dirempuh sebuah kereta di selatan China, malah pemandu turut menyerang orang awam dengan pisau dan penyodok.

Disiarkan pada: March 22, 2019 @ 2:09pm
d