global

500 orang hubungi polis mahu serah senjata

Oleh AFP

Christchurch: Hampir 500 orang menghubungi talian khas polis untuk menyerahkan senjata mereka, 20 jam pertama selepas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan larangan ke atas senjata ala tentera, kata Timbalan Penguasa Polis, Tusha Penny.

Lebih 1,000 orang turut memaklumkan polis secara dalam talian untuk menyerahkan senjata.

Namun ketika perubahan itu menerima sokongan meluas dalam kalangan parti pemerintah dan pembangkang, beberapa pengkritik menyatakan ketidakpuasan mereka secara dalam talian, kata Penny.

“Individu berkenaan mungkin akan kelihatan seperti ‘kurang kerja’, tetapi polis tidak,” katanya.

Polis menganggarkan sekurang-kurangnya 1.2 juta senjata api dalam edaran di New Zealand yang mempunyai lebih 4.5 juta penduduk.

Mereka bagaimanapun tidak memberikan anggaran jumlah senjata ala tentera yang dimiliki orang awam.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: March 22, 2019 @ 6:27pm
    d