global

Wanita ikut anak 'pergi'

Oleh AFP

Christchurch: Seorang wanita meninggal dunia ketika tidur kerana pasrah dengan kematian anaknya yang maut dalam tembakan rambang di masjid sini.

Imam Hafiz Junaid dari Auckland memberitahu AFP, wanita itu terbang dari Jordan ke New Zealand untuk menguruskan jenazah anak lelakinya.

Hafiz berkata, wanita terbabit terlampau sedih dengan kematian anaknya.

“Semalam, dia masuk bilik untuk tidur dan tidak bangun. Dia didapati sudah meninggal dunia,” katanya.

Jurucakap polis mengesahkan kes terbabit dan memaklumkan turut menerima laporan seorang lagi ahli keluarga mangsa meninggal dunia, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: March 23, 2019 @ 3:20pm
    d