global

Dua maut, gabenor cedera dalam letupan

Oleh Reuters

Lashkar Gah, Afghanistan: Dua letupan tercetus ketika sambutan Hari Petani di sini, hari ini, mengorbankan dua orang dan mencederakan Gabenor Helmand, Mohammad Yasin Khan.

Kejadian berlaku di sebuah stadium yang dibanjiri hampir 1,000 pengunjung.

Reuters melaporkan, saksi melihat Mohammad Yasin cedera dan dia segera dibawa keluar dari tempat kejadian, namun keadaannya belum diketahui.

Pegawai hospital berkata, seramai 23 orang cedera, manakala dua maut.

Letupan itu dipercayai tercetus daripada bahan letupan yang ditanamkan.

Kejadian terbabit antara serangan yang tercetus ketika orang ramai menyambut tahun baru tradisional Afghanistan.

Khamis lalu, satu letupan berlaku di Kabul, membunuh enam orang dan mencederakan 23 lagi.

Disiarkan pada: March 23, 2019 @ 5:12pm
d