global

Petisyen mahu PM NZ terima Nobel Keamanan

Oleh Agensi

Wellington: Dua petisyen dianjurkan bagi mencalonkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern untuk anugerah Nobel Keamanan bagi kecekapannya mengendalikan tragedi tembakan rambang di dua masjid Christchurch.

NZ Herald melaporkan, satu petisyen dibuka di laman web Change.org empat hari lalu dan sudah memperoleh 3,000 tandatangan.

Manakala satu lagi petisyen dibuka di laman web Perancis AVAAZ.org dan setakat ini mempunyai lebih 1,000 tandatangan.

Difahamkan petisyen terbabit dimulakan oleh penyiar Perancis, Dr Khal Torabully.

Ardern menerima pujian hebat dari seluruh dunia kerana berjaya memimpin New Zealand mengharungi tragedi yang meragut 50 nyawa.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: March 23, 2019 @ 6:06pm
    d