global

New Zealand umum 29 Mac hari peringatan negara

Oleh AFP

CHRISTCHURCH: New Zealand bakal mengadakan upacara peringatan negara bagi mangsa keganasan di dua masjid di sini pada 29 Mac ini, kata kerajaan, hari ini.

Upacara berkenaan akan diadakan di Christchurch pada jam 10 pagi (waktu tempatan), dua minggu selepas pengganas kulit putih Australia menembak mati 50 jemaah dan mencederakan mereka yang tiba untuk menunaikan solat Jumaat di dua masjid di bandar raya itu pada 15 Mac lalu.

Perdana Menteri, Jacinda Arderns, berkata upacara ini memberi peluang kepada warga New Zealand dan rakyat di seluruh dunia untuk bersama-sama menghormati mereka yang terkorban serangan pengganas.

“Seminggu selepas serangan ganas yang tidak pernah berlaku itu, negara ini menyaksikan kesedihan dan luahan kasih sayang.

“Upacara ini memberi peluang sekali lagi untuk menunjukkan bahawa rakyat New Zealand penuh dengan kasih sayang dan kepelbagaian dan kita akan melindungi nilai itu,” kata Arderns dalam satu kenyataan.

Upacara peringatan berkenaan di adakan di Hagley Park, Christchurch, berdekatan Masjid Al Noor di mana serangan itu bermula.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: March 24, 2019 @ 3:48pm
    d