global

Suruhanjaya Diraja siasat serangan Christchurch

Oleh AFP

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat insiden keganasan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Ardern berkata, suruhanjaya itu perlu diwujudkan untuk menyiasat bagaimana seorang pengganas terbabit boleh melakukan serangan yang membunuh 50 orang dalam kejadian menggemparkan dunia itu, lapor AFP.

Katanya, perincian mengenai suruhanjaya itu sedang dimuktamadkan dan ia akan memberi laporan menyeluruh dalam tempoh sepatutnya.

“Penting bagi kita untuk meneliti segenap sudut bagaimana pelakuan ganas ini boleh dilakukan dan bagaimana kita sepatutnya boleh menghentikannya.

“Satu persoalan yang perlu dijawab adalah sama ada kita boleh atau sepatutnya lebih mengetahuinya,” kata Ardern.

Agensi risikan New Zealand berdepan kritikan susulan serangan itu kerana terlalu memberi fokus terhadap ancaman ekstremis Islam.

Sebaliknya, serangan ganas terbabit dilakukan oleh seorang pelampau kulit putih yang membunuh orang Islam kerana dituduh ‘menceroboh’ negara barat.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: March 25, 2019 @ 12:44pm
    d