global

Pesawat salah destinasi

Oleh AFP

LONDON: Sebuah pesawat British Airways yang sepatutnya ke Dusseldorf, Jerman dari London secara tidak sengaja terbang ke Edinburgh, semalam.

AFP melaporkan, penumpang hanya menyedari kesilapan itu apabila juruterbang mengumumkan pesawat akan mendarat di Edinburgh yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Dusseldorf.

Pesawat itu diisi semula sebelum meneruskan penerbangan ke Dusseldorf dan tiba di Jerman lebih tiga jam setengah lambat dari jadual asal.

Punca kesilapan itu berlaku kini dalam siasatan.

Penumpang, Sophie Cooke memberitahu BBC persinggahan itu menyusahkan kerana tandas disekat dan makanan ringan habis.

Disiarkan pada: March 26, 2019 @ 12:12am
d