global

Trump iktiraf Bukit Golan

Oleh Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara rasmi menandatangani pengisytiharan kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang ditawan daripada Syria pada 1967.

Langkah itu dilihat sebagai tindakan paling jelas presiden berkenaan menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sudah lama mendesak AS memberi pengiktirafan itu.

“Pengiktirafan ini memakan masa yang panjang. Berikannya kepada rakyat Israel,” kata Trump ketika menurunkan tandatangannya.

Israel menawan Bukit Golan dalam Perang Enam Hari 1967 dan rejim Zionis kemudiannya menjadikan kawasan itu sebagai wilayahnya, satu tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Netanyahu yang berdepan dengan pilihan raya pada 9 April sebelum itu memaklumkan dia memendekkan lawatan ke AS selepas berlaku serangan roket di Semenanjung Gaza yang menyebabkan tujuh warga Israel cedera di Tel Aviv.

Disiarkan pada: March 26, 2019 @ 11:15am
d