global

Pesawat Boeing 737 MAX mendarat cemas

Oleh AFP

WASHINGTON: Sebuah pesawat Boeing 737 MAX milik syarikat penerbangan Southwest Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas semalam, selepas mengalami masalah enjin.

Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, pesawat terbabit mengalami masalah ketika melakukan penerbangan dari Florida ke California, lapor AFP.

“Pesawat itu berpatah balik dan melakukan pendaratan dengan selamat di Orlando. FAA masih lagi menyiasat insiden ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, tiada penumpang berada di dalam pesawat yang dipindahkan ke Victorville, California untuk disimpan itu.

Agensi itu kini menggantung pesawat Boeing 737 MAX susulan dua nahas udara membabitkan Ethiopian Airlines dan Lion Air namun membenarkan pesawat itu dipindahkan dari lapangan terbang ke lapangan terbang lain.

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 11:45am
d