global

Kepala je? [VIDEO]

Oleh Agensi

CAPE TOWN: Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun yang mahu menimang cahaya mata pertama bertukar duka selepas hanya dapat melahirkan kepala bayi manakala badan tertinggal di dalam rahimnya di Boksburg, Afrika Selatan.

Daily Mail melaporkan, Kagiso Kgatla, yang mengandung enam bulan pergi ke Hospital Memorial Tambo untuk melahirkan anak, tetapi doktor memberi amaran bayinya mungkin dilahirkan cacat kerana tidak cukup bulan. Bagaimanapun, Kagiso bertegas bersedia untuk memelihara bayinya itu.

“Seorang doktor datang dan menyuruh saya meneran. Saya meneran berkali-kali tetapi tidak berlaku apa-apa lalu doktor menyeluk tangannya ke dalam dan juga mengakui dapat melihat kepala bayi itu.

“Malangnya, selepas itu hanya kepala bayi yang keluar dan tubuhnya masih di dalam kandungan. Saya terpaksa menunggu 24 jam sebelum doktor dapat menyerahkan tubuh bayi saya selebihnya,” kata Kagiso.

Kagiso bakal menyaman hospital itu kerana menyebabkan kematian anak pertamanya.

Bercakap kepada penyiar tempatan Enca, Kagiso berkata: “Saya tidak mampu menghadapi perkara itu.

“Mereka mesti memberitahu saya perkara yang berlaku kepada anak saya. Mereka patut dipenjarakan atas apa yang berlaku pada saya,” katanya.

Ketua obstetrik hospital, Dr Gilbert Anyetei berkata: “Kebiasaannya jika kepala bayi masih tidak keluar kami akan bantu ibu untuk melahirkan anak.

“Dalam situasi ini, kepala bayi muncul sendiri dan kami terkejut kerana seluruh tubuh bayi malang itu masih tertinggal.”

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 10:04pm
d