global

Korban kebakaran di Dhaka meningkat 25 orang

Oleh AFP

DHAKA: Jumlah korban kebakaran bangunan komersial setinggi 22 tingkat di Dhaka, Bangladesh, meningkat kepada 25 orang hari ini, termasuk mangsa yang maut akibat terjun untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap bomba, Mohsin Ali berkata, anggota penyelamat masih lagi meneruskan operasi menyelamat di seluruh bangunan terutama di bahagian paling terjejas di tingkat 8 hingga 10.

AFP melaporkan, sebahagian daripada mangsa yang terperangkap diselamatkan dengan menggunakan tali namun ada yang bertindak terjun dari tingkat atas.

Menurut jurucakap, sekurang-kurangnya enam daripada mangsa adalah rakyat Sri Lanka.

“Jumlah mangsa meningkat kepada 25 orang. Kita sudah serahkan 24 mayat kepada ahli keluarga,” kata Timbalan Komisioner Polis Metropolitan Dhaka, Mostak Ahmed.

Disiarkan pada: March 29, 2019 @ 3:37pm
d