global

Papua New Guinea 6.4 magnitud, Greece 5.3 magnitud

Oleh Agensi

PORT MORESBY: Gempa bumi sekuat 6.4 magnitud melanda pulau New Britain di Papua New Guinea, 300 kilometer di timur Kandrian, hari ini, lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Reuters melaporkan, gegaran itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 33 kilometer.

Tiada kecederaan, kematian dan kemusnahan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, AFP melaporkan, gegaran berukuran 5.3 magnitud menggegarkan tengah Greece, hari ini, kata pusat pemerhati kebangsaan.

Gempa bumi itu berpusat di Teluk Corinth, kira-kira 200 kilometer di barat laut ibu kota Greece pada kedalaman 14 kilometer.

Greece terletak pada garis gelinciran utama dan kerap dilanda gempa bumi, tetapi jarang membabitkan kematian.

Namun pada 1999, gempa berkekuatan 5.9 magnitud yang melanda Athens dan wilayah barat laut ibu kota itu mengorbankan 143 jiwa. - Agensi

Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 8:16pm
d