global

Yang penting harmoni

Oleh Reuters

RABAT: Pope Francis memberitahu masyarakat Katolik Maghribi, peranan mereka di negara majoriti Islam itu bukan untuk menarik penganut baru sebaliknya hidup harmoni dengan semua agama lain.

Francis menggunakan lawatan dua harinya itu untuk menekankan dialog antara agama, malah menyokong usaha Raja Maghribi, Raja Mohammed VI menyebarkan pendekatan Islam yang menggalakkan dialog antara agama serta menolak keganasan atas nama Tuhan.

Seramai 23,000 Roman Katolik negara itu, kebanyakannya ekspatriat dari Eropah terutama Perancis, serta pendatang Afrika dari sub-Sahara, merangkumi kurang satu peratus daripada 35 juta penduduknya.

“Kristian memang terlalu minoriti, tetapi pada saya itu bukan satu masalah, walaupun mungkin ada masa anda berdepan sedikit kesukaran.

“Berkembangnya gereja bukan hanya berdasarkan jumlah penganut yang mengisi ruangnya, sebaliknya apa yang lebih penting adalah keupayaan kita untuk membuat perubahan serta membuka mata orang sikap belas,” katanya selepas menemui pemimpin masyarakat Katolik di gereja Rabat.

Disiarkan pada: March 31, 2019 @ 10:30pm
d