global

Penyanyi rap maut ditembak beberapa kali

Reuters

WASHINGTON: Penyanyi rap Nipsey Hussle maut ditembak di luar butik pakaiannya di selatan Los Angeles, petang semalam.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan, dua mangsa lain turut cedera dalam tembakan itu.

Menurut akhbar itu, Hussle, 33, ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Jurucakap polis Los Angeles berkata, kejadian berlaku pada jam 3.20 petang di kawasan Slauson Avenue dan Crenshaw Boulevard.

Hussle atau nama sebenarnya Ermias Asghedom membesar di selatan Los Angeles dan sering menceritakan pengalaman sebagai gangster jalanan ketika remaja.

Album sulung Hussle berjudul Victory Lap dicalonkan untuk Album Rap Terbaik dalam Anugerah Grammy awal tahun ini.

Disiarkan pada: April 1, 2019 @ 11:30am
d