global

Gempa bumi 5.6 magnitud landa Taiwan

Oleh Reuters

TAIPEI: Gempa bumi berukuran magnitud 5.6 menggegarkan kawasan Taitung di tenggara Taiwan, hari ini.

Menurut Reuters, setakat ini, belum ada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Saksi memberitahu gempa pada kedalaman 10 kilometer itu menggegarkan bangunan di ibu negara, Taipei.

Lebih 100 orang terbunuh ketika gempa melanda selatan Taiwan pada 2016.

Disiarkan pada: April 3, 2019 @ 2:16pm
d