global

Suspek pengganas pernah derma kepada kumpulan pelampau

Oleh AFP

VIENNA: Suspek pengganas yang menyerang masjid di New Zealand dikesan menyalurkan beberapa sumbangan kepada kumpulan pelampau kanan anti-pendatang di Eropah, lapor akhbar harian Austria, Der Standard hari ini.

AFP melaporkan, Brenton Tarrant yang bakal didakwa dengan 50 tuduhan membunuh, membuat sumbangan itu pada 2017 dan 2018 kata akhbar itu yang memetik sumber keselamatan dari Jerman dan Austria.

Warga Australia itu menyalurkan empat sumbangan berjumlah 2,200 euro (RM10,071) pada 2017.

Sumber yang dipetik akhbar itu berkata, wang terbabit disalurkan kepada sebuah kumpulan dari Perancis, ‘Generation Identitaire’.

Bagaimanapun, pihak risikan dalaman Austria masih lagi menyiasat sama ada semua wang berkenaan disalurkan kepada kumpulan di satu negara saja, kata laporan itu.

Tarrant turut menderma 1,500 euro (RM6,867) kepada ketua kumpulan Identitarian Movement Austria, Martin Sellner pada 2018.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: April 4, 2019 @ 9:27pm
    d