global

Pakistan ada klon Peter Dinklage

Oleh AFP

RAWALPINDI, PAKISTAN: Seorang pelayan restoran kini menjadi selebriti di Pakistan kerana merupai bintang siri popular Game of Thrones, Peter Dinklage.

Rozi Khan, 25, yang mendakwa tidak mengenali siri itu sering diajak individu tidak dikenali untuk mengambil gambar.

“Saya tidak kisah. Ramai ambil gambar saya, itu sebab saya popular,” katanya.

Bukan sekadar wajah hampir seiras, AFP melaporkan Khan dan Dinklage juga mempunyai ketinggian lebih kurang sama iaitu kira-kira 135 sentimeter.

“Ke mana-mana saja saya pergi, pasti ada orang tanya siapa lelaki yang merupai saya di Facebook.

“Saya jawab lelaki itu adalah abang saya dan ia bukannya perkara tidak baik,” kata Khan.

Khan yang meluahkan hasrat ingin bertemu dengan Dinklage turut menganggap pelakon watak Tyrion Lannister itu sebagai seorang abang dan sahabat.

“Kami mempunyai ketinggian sama, oleh itu saya sangat menyukai dia,” katanya.

Pelanggan restoran, Zain Hadri, 20, mengakui teruja ketika bertemu dengan Khan kerana seolah melihat Lannister di hadapannya.

Disiarkan pada: April 5, 2019 @ 8:36pm
d