global

Bekalan elektrik kembali pulih di pusat pelancongan Mexico

Oleh AFP

MEXICO CITY: Bekalan elektrik kembali pulih di Semenanjung Yucatan di tenggara Mexico termasuk pusat pelancongan popular di Cancun, Cozumel dan Isla Mujeres selepas kejadian empat jam semalam yang melanda wilayah itu, kata kerajaan.

“Perkhidmatan itu dipulihkan 100 peratus di ketiga-tiga negeri yang terjejas,” kata Suruhanjaya Elektrik Persekutuan (CFE) dalam satu kenyataan malam semalam.

Pengarah CFE Manuel Bartlett sebelum ini menyalahkan gangguan itu disebabkan kerosakan pada talian pemancar akibat kebakaran di sebuah ladang tebu.

Masalah bekalan elektrik yang sama berlaku bulan lalu.

Gangguan itu menjejaskan 1.6 juta pelanggan di seluruh Yucatan, Quintana Roo dan daerah Campeche manakala media tempatan melaporkan ia turut memberi kesan kepada rangkaian telefon bimbit.

Disiarkan pada: April 6, 2019 @ 11:13am
d