global

Pekerja parah dilambung kereta laju [VIDEO]

Oleh Agensi

CAPE TOWN: Sebuah kereta yang dipandu laju merempuh seorang penyelenggara jalan raya sehingga menyebabkan mangsa melambung tinggi dalam kejadian di sini, baru-baru ini.

Mangsa Xolele Phindela, 32, cedera parah, namun bernasib baik kerana tidak digilis kenderaan lain.

Sehingga kini ini, polis belum menahan pemandu kereta itu, lapor Daily Mail.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera dari kereta pemandu Lyndon DeMeillon yang bertindak membuat laporan polis.

Menerusi rakaman itu, sebuah kereta Toyota Avanza cuba memotong kenderaan DeMeillon lalu merempuh seorang pekerja yang menyelenggara jalan raya.

Video itu turut merakamkan mangsa lambung ke udara sebelum terjatuh ke atas jalan raya.

Saksi kejadian mempercayai pemandu itu memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 80 kilometer sejam.

Disiarkan pada: April 8, 2019 @ 5:50pm
d