global

Bangkai jet pejuang ditemui, juruterbang hilang

Oleh Agensi

TOKYO: Bangkai jet pejuang Jepun F-35A ditemui berhampiran kawasan utara negara itu hari ini selepas hilang dari radar ketika misi latihan di lautan Pasifik malam tadi.

Bagaimanapun, menteri pertahanan Takeshi Iwaya berkata, juruterbang masih belum ditemui lagi.

“Kami sudah menemui sebahagian daripada ekor pesawat itu dan operasi mencari masih diteruskan dengan bantuan beberapa pesawat serta kapal,” katanya.

Iwaya ketika bertemu dengan wartawan berkata, pesawat itu dipercayai terhempas.

Jet itu dilaporkan hilang sekitar 7.30 petang waktu tempatan ketika melakukan penerbangan sejauh 135 kilometer di Misawa, utara Jepun.

Pesawat itu terputus hubungan kira-kira 30 minit berlepas dari Pangkalan Udara Misawa bersama tiga jet lain.

Disiarkan pada: April 10, 2019 @ 10:42am
d