global

Ecuador tahan pembantu pengasas WikiLeaks

Oleh AFP

QUITO: Pembantu kepada pengasas WikiLeaks, Julian Assange, ditahan polis di Ecuador semalam ketika cuba melarikan diri ke Jepun, kata menteri dalam negeri.

AFP melaporkan, menteri terbabit, Maria Paula Romo bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu yang ditahan itu.

Maria berkata, individu terbabit dipercayai orang paling rapat dengan warga Australia itu.

Assange ditahan di London semalam atas permintaan ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) selepas melarikan diri ke kedutaan Ecuador dan menetap di sana selama tujuh tahun.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 11:24am
d