global

SpaceX Falcon Heavy lancar misi komersil

Oleh Reuters

FLORIDA: Buat kali pertamanya, roket paling berkuasa dunia, SpaceX Falcon Heavy melancarkan misi komersilnya dari Florida, Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan oleh syarikat angkasa milik hartawan terkenal, Elon Musk sebagai usaha menarik kontrak lumayan.

Falcon Heavy yang mempunyai ketinggian 23 tingkat itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dengan membawa seorang penumpang pertama.

Ia sebelum ini melancarkan kereta Tesla berwarna merah ceri milik Musk ke angkasa pada penerbangan ujian sulung tahun lalu.

Tentera Udara AS turut menggunakan SpaceX tahun lalu untuk melancarkan satelit sulit tentera bernilai AS $130 juta (RM536 juta) selain tiga lagi misi pada Februari dengan kontrak bernilai AS $297 juta (RM1.22 bilion).

Falcon Heacy membawa satelit komunikasi untuk sebuah firma berpangkalan di Arab Saudi, Arabsat untuk menghantar isyarat perkhidmatan internet dan televisyen ke seluruh Afrika, Eropah dan Asia Barat.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 12:10pm
d